Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nor.mal] | نورمل

Definisi : 1. menurut aturan, keadaan, atau pola yg lazim; 2. biasa: keadaan ~ keadaan biasa; guru ~ guru yg terlatih dgn cara menghadiri kursus tertentu (tidak memasuki maktab latihan tertentu); 3. garisan (pancaran cahaya dll) yg bertemu lurus dgn sesuatu permukaan; menormalkan 1. menjadikan normal; 2. menjadikan akur dgn sesuatu standard; kenormalan keadaan normal: ~ fungsi jantung; ketaknormalan keadaan tidak normal: sekiranya ~ berlaku, lawatan ke klinik atau hospital adalah perlu; penormalan proses menormalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nor.mal] | نورمل

Definisi : 1 spt yg biasa; menurut keadaan yg biasa. 2 ist garis (pancaran cahaya dll) yg bertemu dgn sesuatu permukaan secara tegak lurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata normal


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemanasan globalglobal warmingFenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan.Menengah Rendah
suhu bilikroom temperatureSuhu normal dalam sesebuah bilik, biasanya pada sekitar 28°C.Sekolah Rendah
tumortumorPertumbuhan sel yang tidak normal. Lihat RajahMenengah Atas
kekerdilandwarfismKeadaan saiz individu yang lebih kecil daripada normal, akibat kerencatan pertumbuhan yang mungkin berpunca daripada kekurangan beberapa hormon.Menengah Atas
wayar neutralneutral wireWayar yang membawa arus elektrik dalam operasi normal. Sarung penebat bagi wayar neutral berwarna biru bagi peralatan elektrik, dan hitam bagi sistem pendawaian dan penghantaran elektrik.Menengah Atas
sudut tujuangle of incidenceSudut di antara sinar tuju dengan garis normal. Lihat RajahMenengah Rendah
sudut pembiasanangle of refractionSudut di antara sinar biasan dengan garis normal. Lihat RajahMenengah Rendah
sudut pantulanangle of reflectionSudut di antara sinar pantulan dengan garis normal. Lihat RajahMenengah Rendah
kariotipkaryotypeSusunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X.Menengah Atas
sudut tujuangle of incidenceSudut di antara sinar atau gelombang tuju dari garis normal pada titik tuju.Menengah Atas
12

Kembali ke atas