Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : (objék) 1. sesuatu yg dapat disentuh atau dilihat, benda, barang; 2. perkara yg menjadi tajuk atau pokok pembicaraan (tulisan, lukis­an, dll): mengapa hanya rupa wanita men­jadi ~ lukisan? 3. matlamat, sasaran, tujuan; ~ pembangunan sesuatu yg hendak (sedang) dibangunkan; 4. (Lin) penyambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : /objék/ 1 perkara yg menjadi pokok atau tajuk sesuatu perbincangan dll; hal. 2 tujuan sesuatu tindakan dll; sasaran. 3 penderita dlm sesuatu ayat aktif; penyambut: Selepas kata kerja transitif, terdapat kata nama atau frasa nama yg bertugas sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata objek


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tarikanpullDaya yang membolehkan sesuatu objek menghampiri objek yang lain.Sekolah Rendah
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju. Pecutan objek bergantung pada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut yang mempunyai jisim malar. Semakin besar daya yang dikenakan terhadap objek tersebut, semakin tinggi pecutan objek itu.Menengah Rendah
permukaan yang bersentuhansurface in contactPermukaan sesuatu objek yang bersentuhan dengan objek lain.Sekolah Rendah
daya geseranfrictional forceDaya yang menentang arah gerakan sesuatu objek, memberhentikan atau memperlahankan objek. Lihat RajahSekolah Rendah
tenggelamsinkKeadaan sesuatu bahan yang berada di bawah permukaan cecair. Sesuatu objek akan tenggelam jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair.Menengah Rendah
angkup verniervernier calliperRadas yang digunakan di dalam makmal dan industri bagi mengukur secara tepat panjang objek, diameter luar objek yang bulat atau silinder dan diameter dalam paip. Lihat RajahMenengah Atas
pengapunganfloatProses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. Lihat RajahMenengah Rendah
spanspongeObjek berliang-liang halus yang diperbuat daripada getah, yang boleh digunakan untuk membersihkan sesuatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah
rabun jauhshort-sightednessKetidakupayaan melihat sesuatu objek dari jarak jauh dengan jelas. Objek tersebut kelihatan kabur.Menengah Rendah
rabun dekatlong-sightednessKetidakupayaan melihat sesuatu objek dari jarak dekat dengan jelas. Objek tersebut kelihatan kabur.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas