saraf optik | optic nerve | Saraf dalam mata yang berfungsi untuk menghantar maklumat dari reseptor yang berada di retina ke otak. | Menengah Rendah |
ilusi optik | optical illusion | Fenomena yang menyebabkan kesan visual yang palsu. | Menengah Rendah |
teleskop | telescope | Peranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
periskop | periscope | Alat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kanta | lens | Alat optik yang biasanya terdiri daripada bahan lut sinar seperti kaca, plastik atau kuarza. Contohnya, kanta cembung dan kanta cekung. | Menengah Rendah |
mikroskop | microscope | Alat optik yang digunakan untuk melihat objek yang sangat seni. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
telekomunikasi | telecommunication | Sistem komunikasi yang menghantar dan menerima maklumat melalui talian telefon, gentian optik, gelombang mikro dan satelit. | Menengah Rendah |
gambar rajah sinar | ray diagram | Rajah yang menunjukkan laluan sesuatu sinaran melalui sistem optik. | Menengah Atas |
imej | image | Bayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik lain. | Menengah Rendah |
imej | image | Bayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik yang lain. | Menengah Atas |