osmosis | osmosis | Pergerakan bebas molekul air dari kawasan kepekatan bahan terlarut yang rendah ke kawasan kepekatan bahan terlarut yang tinggi, melalui membran separa telap sehingga keseimbangan dicapai. | Menengah Atas |
tekanan osmosis | osmotic pressure | Tekanan hidrostatik yang dihasilkan oleh sesuatu larutan di dalam ruang yang terpisah oleh membran separa telap, disebabkan oleh perbezaan kepekatan bahan terlarut. Lebih tinggi tekanan osmosis sesuatu larutan, lebih banyak air bergerak ke dalamnya. | Menengah Atas |
isotonik | isotonic | Larutan yang mempunyai tekanan osmosis yang sama antara sel dan persekitaran. | Menengah Atas |
hipertonik | hypertonic | Larutan yang mempunyai tekanan osmosis yang lebih tinggi daripada larutan lain yang dijadikan larutan piawai. | Menengah Atas |
plasmolisis | plasmolysis | Proses pengecutan protoplasma sel akibat kehilangan air disebabkan oleh tekanan osmosis yang tinggi. | Menengah Atas |
bendalir interstis | interstitial fluid | Bendalir yang memenuhi ruang antara sel, membasahi sel dan mempunyai tekanan osmosis yang sama dengan sitoplasma sel. | Menengah Atas |
ginjal | kidney | Sepasang organ perkumuhan yang terletak dalam rongga abdomen vertebrat. Organ ini berfungsi mengawal tekanan osmosis darah melalui penyingkiran bahan kumuh dalam bentuk air kencing. | Menengah Rendah |
tekanan akar | root pressure | Tekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
ginjal | kidney | Organ perkumuhan yang terletak di bahagian abdomen vertebrata. Ginjal terdiri daripada bahagian luar, iaitu korteks, dan bahagian dalam, iaitu medula. Ia berfungsi menuras darah, mengumuh hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing, dan mengawal tekanan osmosis darah. | Menengah Atas |