otak | brain | Organ di bahagian dalam kepala yang mengawal pemikiran. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hipotalamus | hypothalamus | Bahagian posterior otak depan yang terletak di bawah bahagian talamus. Ia mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran dalam. Lihat Rajah | Menengah Atas |
medula oblongata | medulla oblongata | Bahagian belakang otak vertebrata yang terletak di antara pons dengan saraf tunjang. Lihat Rajah | Menengah Atas |
saraf auditori | auditory nerve | Saraf yang membawa impuls dari koklea ke otak. Saraf auditori menghantar maklumat yang berkaitan bunyi dan keseimbangan badan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
saraf optik | optic nerve | Saraf dalam mata yang berfungsi untuk menghantar maklumat dari reseptor yang berada di retina ke otak. | Menengah Rendah |
kwasyiorkor | kwashiorkor | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam makanan. Antara gejala penyakit ini ialah abdomen membengkak, pertumbuhan yang terbantut dan kecacatan perkembangan otak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
koklea | cochlea | Lingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak. | Menengah Rendah |