Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.vul] | اوۏول

Definisi : (Bio) struktur yg terdapat di dlm ovari an­gio­sperma yg berkembang menjadi biji sete­lah berlakunya persenyawaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.vul] | اوۏول

Definisi : ist benih yg belum sempurna di dlm ovari, yg akan menjadi biji setelah berlaku proses persenyawaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ovul


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ovulovuleBahagian pembiakan betina tumbuhan yang mengandungi ovum dan berkembang menjadi biji benih selepas persenyawaan berlaku.Menengah Rendah
tiub debungapollen tubeTiub yang terbentuk daripada debunga apabila debunga melekat pada stigma. Tiub ini menembusi stigma dan stil, dan terus ke ovul di dalam ovari. Tiub debunga menyalurkan gamet jantan ke dalam ovul untuk persenyawaan.Menengah Rendah
mikropilmicropyleLiang pada bahagian hujung ovul yang membolehkan tiub debunga masuk. Liang ini dapat dilihat pada kulit biji benih yang matang. Liang ini membenarkan udara dan wap air masuk. Lihat RajahMenengah Rendah
angiospermaangiospermKumpulan tumbuhan berbunga, iaitu salah satu daripada dua subdivisi Spermatophyta (tumbuhan berbiji), mempunyai ovul yang terlindung di dalam ovari dan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu monokotiledon dan dikotiledon.Menengah Atas
buahfruitBahagian yang terbentuk daripada ovari bunga setelah persenyawaan berlaku. Buah mengandungi biji benih yang terbentuk daripada ovul. Lihat RajahMenengah Rendah
ovariovary1. Organ pembiakan pada vertebrat betina yang menghasilkan ovum dan hormon seks.2. Bahagian pembiakan betina bunga yang mengandungi ovul.Menengah Rendah
tiub debungapollen tubeTiub yang terbentuk apabila debunga jatuh ke atas stigma dan bercambah ke bawah menerusi stil untuk membawa gamet jantan kepada ovul.Menengah Atas

Kembali ke atas