ovum | ovum | Sel pembiakan atau gamet betina yang belum disenyawakan.Ovum dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
tiub Fallopio | Fallopian tube | Salur yang berfungsi untuk membawa ovum dari ovari ke uterus. Salur ini merupakan tempat persenyawaan sperma dan ovum. Tiub Fallopio dikenali juga sebagai oviduktus. | Menengah Rendah |
pengovulan | ovulation | Proses pelepasan ovum yang telah matang dari ovari. | Menengah Rendah |
penempelan | implantation | Proses pelekatan ovum tersenyawa pada dinding uterus di peringkat awal kehamilan. | Menengah Rendah |
ovul | ovule | Bahagian pembiakan betina tumbuhan yang mengandungi ovum dan berkembang menjadi biji benih selepas persenyawaan berlaku. | Menengah Rendah |
embrio | embryo | Organisma yang terbentuk pada peringkat awal perkembangan ovum yang tersenyawa. Pada manusia, embrio berada dalam uterus ibu dari peringkat permulaan hingga minggu kelapan. | Menengah Rendah |
ovari | ovary | 1. Organ pembiakan pada vertebrat betina yang menghasilkan ovum dan hormon seks.2. Bahagian pembiakan betina bunga yang mengandungi ovul. | Menengah Rendah |
kembar seiras | identical twins | Kembar yang terbentuk melalui persenyawaan satu ovum oleh satu sperma untuk membentuk zigot yang seterusnya menjalani proses mitosis yang lengkap. | Menengah Atas |
persenyawaan in vitro (IVF) | in vitro fertilization (IVF) | Kaedah pembiakan dengan mengeluarkan ovum dari ovari untuk disenyawakan dengan sperma dalam prosedur makmal. Zigot atau embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam uterus wanita. | Menengah Rendah |
yolka | yolk | Bahagian kuning telur yang terdiri daripada protein dan lemak yang terdapat di dalam ovum atau telur. Ia merupakan simpanan makanan bagi embrio yang akan berkembang. Lihat Rajah | Menengah Atas |