Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ventralventral1. Sesuatu struktur tubuh haiwan yang terletak pada permukaan bawah atau depan. Pada haiwan yang berkaki dua seperti manusia, bahagian ventral merujuk pada permukaan depan tubuh, manakala pada tetrapod, bahagian ventral merujuk pada bahagian bawah tubuhnya. 2. Permukaan atas sesuatu struktur tumbuhan yang merujuk pada sesuatu paksi.Menengah Atas
kutubpole1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
akar adventitiusadventitious rootAkar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuhan, selain akar utama, iaitu dari keratan batang atau daun. Contohnya, akar yang tumbuh pada buku di bahagian bawah batang, seperti pada tebu, atau pada daun setawar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
pigmenpigment1. Sebarang bahan berwarna yang terdapat di dalam tisu organisma. Contohnya, kloroplas dan fitokrom pada tumbuhan, dan hemoglobin pada darah. 2. Kepekaan terhadap tindakan tenaga sinaran. Contohnya, cahaya.Menengah Atas
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
ovariovary1. Organ pembiakan pada vertebrat betina yang menghasilkan ovum dan hormon seks.2. Bahagian pembiakan betina bunga yang mengandungi ovul.Menengah Rendah
cangkukhookStruktur pada biji tumbuhan yang berbulu dan berduri halus, yang boleh menyebabkannya melekat pada badan haiwan untuk dipencarkan. Contohnya, biji kelulut yang boleh melekat pada badan arnab. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
jangka masa detikticker-timerPeranti elektrik yang disambungkan kepada bekalan arus ulang-alik untuk mencetak titik pada pita detik pada sela masa yang tetap iaitu 0.02 saat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
tiub Geiger-MullerGeiger-Muller tubeTiub yang terdiri daripada kebuk logam yang berbentuk silinder, berisi gas pada tekanan rendah, pada paksinya terdapat dawai halus yang bertindak sebagai anod. Tiub ini digunakan sebagai pembilang sinaran. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
pendebungaanpollination1. Pemindahan debunga daripada anter ke stigma sebelum persenyawaan berlaku pada angiosperma. 2. Pemindahan debunga daripada kon jantan ke kon betina sebelum persenyawaan pada gimnosperma.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas