Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
testistestisOrgan pembiakan pada haiwan jantan atau individu lelaki yang menghasilkan sperma.Menengah Rendah
zakarpenisOrgan senggama yang terdapat pada haiwan jantan dan individu lelaki.Menengah Rendah
cangkerangshellKulit luar yang keras pada haiwan seperti tiram, kerang dan siput. Cangkerang biasanya mengandungi kalsium karbonat.Menengah Rendah
kantungpouchStruktur yang berbentuk pundi yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan dan mempunyai fungsi tertentu. Contohnya, kantung kanggaru digunakan untuk membawa anaknya. Lihat RajahSekolah Rendah
gerak alihlocomotionPergerakan keseluruhan organisma, biasanya terhad pada haiwan, dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Menengah Atas
sengatstingBahagian tajam yang mengandungi bisa, yang terdapat pada haiwan kecil seperti lebah, lipan, dan kala jengking. Lihat RajahSekolah Rendah
hormonhormoneBahan kimia yang merangsang atau merencat fungsi organ atau kelenjar lain. Pada haiwan, hormon dirembeskan oleh kelenjar tanpa duktus dalam sistem endokrin dan diedarkan ke bahagian badan melalui sistem darah.Menengah Atas
sel haiwananimal cellUnit asas pada haiwan yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma yang dikelilingi oleh membran sel.Menengah Rendah
kitinchitinBahan keras yang membentuk cangkerang pada haiwan atau membentuk dinding sel pada sesetengah kulat.Menengah Rendah
sistem sokongansupport systemSesuatu ciri yang dapat membantu haiwan atau tumbuhan untuk terus hidup. Contohnya, cangkerang, rangka luar dan dalam pada haiwan, duri serta sulur paut pada tumbuhan.Menengah Atas
1234

Kembali ke atas