Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lang] | ڤالڠ

Definisi : 1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci, penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau tanda kali ×); ~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b) pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta api; P~ Merah pertubuhan atau per­satuan sukarela antarabangsa (yg berlam­bangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk menguncinya); memalang mengenakan (memasang) palang; memalangi mengenakan (memasang) palang pd; memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang (mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu palang (salib), menyalibkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lang] | ڤالڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang melintang sbg kunci dll: ~ pintu kayu yg dipasang melintang pd pintu utk menguncinya. 2 tanda silang spt tanda campur (+) atau tanda darab (x). 3 garis selari yg terdapat pd cek dsb yg menandakan bahawa cek itu tidak boleh ditunaikan tetapi hanya boleh dikreditkan ke dlm akaun. ~ jalan kayu dll yg dipasang utk menggalang jalan; penutup jalan drpd kayu dll yg dipasang melintangi jalan. ~ Merah nama pasukan antarabangsa yg membuat kerja-kerja kebajikan (spt menolong orang sakit). memalang 1 memasang palang pd; menyokong atau menyangga dgn palang: ~ pintu. 2 membuat garisan selari pd cek dsb. memalangkan 1 meletakkan sesuatu secara melintang; menggunakan sesuatu sbg palang: ~ pedang pd dinding. 2 menyalibkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palang (kata nama)
Bersinonim dengan pengadang, adang, adang-adang, penghalang, perintang, rintangan, penyekat, sekatan, selak, penyelak, selarak, tangan-tangan, sengkang, galang, lawa;,
Kata Terbitan : memalang,

Puisi
 

Dayang Anuman minta dibunuh,
     Dibungkus dengan peraca palang;
Kalau tidak berhati sungguh,
     Jangan merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
fulkrumfulcrumSuatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas