Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pelvispelvis1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
kutubpole1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
intandiamondBahan karbon berbentuk hablur dan merupakan bahan yang paling keras. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
virusvirusMikroorganisma yang paling kecil dan dikelilingi oleh lapisan protein yang boleh menjangkiti dan membiak dalam objek yang dijangkitinya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
liang peluhsweat poreBukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
struktur LewisLewis structureRajah yang menunjukkan ikatan antara molekul atau sebatian yang melibatkan perkongsian elektron di petala paling luar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
bintik kuningyellow spotTitik pada retina mata yang berada setentang dengan anak mata dan mempunyai paling banyak sel rod dan sel kon. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
algaalgaeKumpulan tumbuhan yang paling ringkas dan tidak mempunyai batang serta daun yang jelas. Alga boleh melakukan proses fotosintesis. Kebanyakan alga terdapat di dalam air, tanah dan batang tumbuh-tumbuhan. Contohnya, rumpai laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
arteriarterySalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas