sangkar rusuk | rib cage | Rangka yang terdiri daripada dua belas pasang tulang rusuk, yang melindungi organ-organ dalaman. | Menengah Rendah |
pepatung | dragonfly | Serangga yang mempunyai sepasang mata bersegi yang besar, dua pasang sayap panjang yang lut sinar dan merupakan pemangsa yang memakan serangga lain seperti nyamuk dan lalat. Pepatung dikenali juga sebagai odonata. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
serangga | insect | Kumpulan haiwan invertebrat yang kecil, mempunyai tiga bahagian badan (kepala, toraks, abdomen) dan tiga pasang kaki. Serangga mempunyai abdomen yang bersegmen. Contohnya, belalang. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kariotip | karyotype | Susunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X. | Menengah Atas |
ulat gonggok | millipede | Sejenis haiwan berbentuk silinder yang panjang dan mempunyai rangka luar. Rangka luarnya terbahagi kepada 20 - 100 segmen yang bersambung-sambung dan setiap segmen mempunyai dua pasang kaki. Ulat gonggok dikenali juga sebagai sepah bulan atau mentibang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |