Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
retinaretinaLapisan mata paling dalam yang peka kepada cahaya. Imej terbentuk di atas retina.Menengah Rendah
kertas fotografiphotographic paperKertas bersalut bahan kimia peka cahaya yang digunakan untuk cetakan fotografi.Menengah Atas
bahan kimia fotopekaphotosensitive chemicalBahan kimia yang peka pada cahaya. Tindak balas kimia akan berlaku apabila bahan ini didedahkan kepada cahaya.Menengah Atas
bintik butablind spotTitik pada retina mata yang tidak peka terhadap cahaya kerana tidak mengandungi sel rod dan sel kon.Menengah Rendah
reseptor regangstretch receptorReseptor pada otot, tendon dan ligamen yang peka terhadap pergerakan, tekanan dan regangan.Menengah Atas
sel koncone cellSel berbentuk kon yang terdapat pada retina mata, dan peka terhadap cahaya. Sel ini berfungsi dalam penglihatan warna dan kesensitifan mata terhadap warna. Sel ini berfungsi dengan baik dalam keadaan yang terang.Menengah Atas
organ penglihatansight organOrgan yang terdiri daripada sepasang mata dan sangat sensitif atau peka terhadap rangsangan cahaya. Lihat RajahSekolah Rendah
gelemacavitreous humourGel jernih yang terdapat dalam biji mata. Cecair ini memenuhi ruang di antara kanta dengan retina. Gelemaca menetapkan bentuk biji mata dan membantu pembiasan cahaya supaya tertumpu pada titik peka.Menengah Rendah

Kembali ke atas