pemangsa | predator | Haiwan yang memakan haiwan lain. Contohnya, harimau. | Menengah Rendah |
pemangsa | predator | Haiwan yang hidup dengan menangkap dan memakan haiwan lain. | Menengah Atas |
kemandirian | survival | Kelangsungan hidup organisma dalam keadaan terpaksa bersaing atau dengan adanya pemangsa. | Menengah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut. | Menengah Rendah |
penyamaran | camouflage | Peniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pepatung | dragonfly | Serangga yang mempunyai sepasang mata bersegi yang besar, dua pasang sayap panjang yang lut sinar dan merupakan pemangsa yang memakan serangga lain seperti nyamuk dan lalat. Pepatung dikenali juga sebagai odonata. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan musuh semula jadi kepada perosak tersebut berdasarkan konsep mangsa-pemangsa. | Menengah Atas |
penglihatan stereoskopik | stereoscopic vision | Penglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berada di hadapan kepala. Penglihatan ini menghasilkan imej tiga dimensi dan jarak dapat dianggarkan dengan tepat tetapi medan penglihatannya sempit. Haiwan pemangsa biasanya mempunyai penglihatan stereoskopik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |