pembakaran | combustion | Proses tindak balas kimia yang berlaku dengan kehadiran oksigen. Tenaga haba, cahaya dan karbon dioksida akan dihasilkan. | Menengah Rendah |
haba pembakaran | heat of combustion | Haba yang dibebaskan apabila satu mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. | Menengah Atas |
jelaga | soot | Debu hitam yang terhasil daripada pembakaran tidak lengkap bahan seperti minyak, kayu atau arang. | Menengah Rendah |
tenaga haba | heat energy | Tenaga yang diperoleh daripada pembakaran bahan api fosil, geseran serta bahan atau objek yang panas. Tenaga haba dikenali juga sebagai tenaga terma. | Menengah Rendah |
nyalaan | flame | Gumpalan gas bercahaya yang terhasil semasa pembakaran. | Menengah Rendah |
nilai kalori | calorific value | Jumlah haba yang dibebaskan semasa pembakaran sejumlah bahan api atau makanan tertentu. Nilai ini diukur dengan menggunakan kalorimeter bom, dan dinyatakan dalam unit joule per kilogram atau kalori per gram. | Menengah Rendah |
bahan api | fuel | Bahan yang digunakan untuk menghasilkan tenaga haba secara pembakaran. | Menengah Rendah |
penjana gas turbin | gas turbine generator | Penjana yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga mekanikal secara pembakaran dalaman. | Menengah Rendah |
teras matahari | core of the sun | Bahagian yang berada di tengah-tengah matahari yang menjadi tempat pembakaran gas hidrogen. | Menengah Rendah |
karbon monoksida | carbon monoxide | Gas yang tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil daripada tindak balas pembakaran karbon yang tidak lengkap. Karbon monoksida banyak dikeluarkan daripada asap kenderaan dan sangat berbahaya. | Menengah Rendah |