Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.wa] | ڤمباوا

Definisi : 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.wa] | ڤمباوا

Definisi : 1 orang yg membawa sesuatu: ~ berita. 2 benda yg membawa sesuatu: kuman ~ penyakit. 3 orang yg mengemudikan kenderaan; pemandu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembawa

Peribahasa

Sabar penghilang penat,
     tekun pembawa dekat.

Bermaksud :

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
protein pembawacarrier proteinProtein yang terlibat dalam pergerakan ion, molekul kecil, atau molekul yang besar seperti asid amino dan glukosa plasma, merentasi membran plasma dan membantu dalam pergerakan bahan melalui proses resapan berbantu atau pengangkutan aktif. Lihat RajahMenengah Atas
modulasi amplitudamplitude modulationModulasi yang melibatkan perubahan amplitud gelombang pembawa frekuensi radio, bersesuaian dengan isyarat yang dipancarkan.Menengah Atas
resapan berbantufacilitated diffusionPergerakan bahan melalui membran plasma dengan bantuan protein pembawa atau protein liang dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan yang rendah dan tidak memerlukan tenaga.Menengah Atas
pengangkutan aktifactive transportPengangkutan bahan dari kawasan yang berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi yang memerlukan protein pembawa dan tenaga.Menengah Atas

Kembali ke atas