pembentukan spora | spore formation | Proses penghasilan spora untuk pembiakan aseks. Spora terbentuk dalam kebanyakan organisma eukariot seperti tumbuhan tidak berbunga, alga dan kulat. | Menengah Rendah |
penjanaan semula | regeneration | Proses pembentukan semula tisu atau organ yang tercedera atau rosak sama ada pada tumbuhan atau haiwan. Contohnya, pembentukan semula ekor cicak yang terputus dan pertumbuhan dahan baharu pada pokok yang tercantas. | Menengah Rendah |
penghabluran | crystallization | Pembentukan hablur daripada larutan tepu atau leburannya. | Menengah Atas |
pengenapan | sedimentation | Proses pembentukan enapan apabila sesuatu bahan berada di bahagian bawah cecair. | Menengah Rendah |
pemvulkanan | vulcanization | Proses pembentukan rangkai silang atom sulfur di antara molekul-molekul getah. | Menengah Atas |
pembahagian sel | cell division | Proses pembentukan dua atau lebih sel anak dan satu sel induk. | Menengah Rendah |
pertumbuhan semula | regeneration | 1. Penggantian atau pembentukan semula bahagian organisma yang terpotong. 2. Pertumbuhan yang teratur. Contohnya, kultur tisu. | Menengah Atas |
pempolimeran | polymerization | Proses penggabungan monomer-monomer melalui pembentukan ikatan kimia untuk menghasilkan polimer yang mempunyai rantai molekul yang panjang. | Menengah Atas |
getah tervulkan | vulcanized rubber | Molekul getah asli yang telah mengalami proses pembentukan rangkai silang atom sulfur untuk memperbaiki sifatnya. | Menengah Atas |
hukum pengaturan bebas | law of independent assortment | Hukum yang menyatakan bahawa semasa pembentukan gamet, setiap kromosom pasangan alel boleh berkombinasi dengan sebarang ahli daripada pasangan alel yang lain. | Menengah Atas |