mangan | manganese | Unsur logam peralihan kumpulan 7 jadual berkala, simbolnya, Mn yang digunakan dalam pembuatan keluli dan aluminium. | Menengah Atas |
yis | yeast | Organisma satu sel yang termasuk dalam kumpulan fungus, dan membiak secara pertunasan. Yis biasanya digunakan dalam pembuatan roti. Yis dikenali juga sebagai ragi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pasir | sand | Zarah utama tanah yang bersaiz dari 0.05 mm hingga 2.0 mm. Pasir merupakan contoh silika, dan banyak digunakan dalam pembuatan konkrit dan kaca. | Menengah Rendah |
natrium hidroksida | sodium hydroxide | Pepejal yang berwarna putih, menyerap air dan karbon dioksida daripada udara, larut dalam air, alkohol dan gliserol. Natrium hidroksida digunakan dalam pembuatan bahan kimia, kertas, aluminium, sabun dan sebagai bahan uji makmal. Formula NaOH. | Menengah Rendah |
klorin | chlorine | Sejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |