biodegradasi | biodegradation | Pemecahan bahan tak organik kepada bahan organik melalui proses biokimia, biasanya melibatkan bakteria dan kulat. | Menengah Atas |
reput | decay | Perihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma. | Menengah Rendah |
pencernaan | digestion | Proses pemecahan molekul makanan yang kompleks oleh enzim pencernaan menjadi molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap dan digunakan oleh sel badan. | Menengah Rendah |
peretakan terma | thermal cracking | Pemecahan sebatian yang mempunyai jisim molekul yang tinggi, menggunakan haba dan tekanan yang tinggi. | Menengah Atas |
penyerakan cahaya | light scattering | Pemecahan dan penyebaran cahaya oleh partikel udara atau gas. | Menengah Atas |
penyebaran cahaya | light dispersion | Pemecahan cahaya putih kepada spektrum cahaya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu, menggunakan prisma kaca. Proses ini berlaku disebabkan setiap spektrum tersebut bergerak pada kelajuan yang berbeza apabila melalui kaca. | Menengah Atas |
hakisan tanah | soil erosion | Proses pemecahan ketulan-ketulan tanah pada permukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pembelahan nukleus | nuclear fission | Proses pemecahan satu nukleus yang berat kepada dua nukleus yang lebih ringan diikuti pembebasan tenaga. | Menengah Atas |
respirasi | respiration | Proses penghasilan tenaga melalui pemecahan molekul makanan. | Menengah Rendah |
penguraian | decomposition | Proses perubahan kimia yang melibatkan pemecahan satu bahan yang kompleks menjadi bahan yang lebih ringkas. Contohnya, penguraian air menghasilkan oksigen dan hidrogen. | Menengah Rendah |