pencernaan | digestion | Proses penguraian bahan makanan kompleks kepada molekul ringkas yang mudah diserap. | Menengah Atas |
pencernaan | digestion | Proses pemecahan molekul makanan yang kompleks oleh enzim pencernaan menjadi molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap dan digunakan oleh sel badan. | Menengah Rendah |
sistem pencernaan | digestive system | Sistem yang melibatkan pemasukan makanan ke dalam salur pencernaan, pemecahan molekul makanan dan penyerapan nutrien. | Menengah Rendah |
sistem pencernaan | digestive system | Sistem organ yang berkaitan dengan pengingesan makanan, pemecahan bahan makanan kompleks ke bentuk yang lebih ringkas dan penyerapan zat makanan. | Menengah Atas |
jus pencernaan | digestive juice | Jus yang dirembeskan oleh pelbagai kelenjar usus kecil yang mengandungi berbagai-bagai enzim, seperti enterokinase, sukrase, laktase, maltase, dan amilase. | Menengah Atas |
protease | protease | Enzim pencernaan yang berfungsi mencerna protein. | Menengah Rendah |
perut | stomach | Organ pencernaan yang terletak di antara esofagus dengan usus. Perut berfungsi mencerna makanan dan menyimpan makanan buat sementara waktu sebelum dihantar ke usus kecil. | Menengah Rendah |
usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |
usus besar | large intestine | Bahagian salur pencernaan di antara sekum dengan rektum. Fungsi utamanya ialah menyerap air dari hampas makanan dan membentuk tinja. | Menengah Rendah |
kim | chyme | Bahan separuh cecair yang terhasil daripada pencernaan makanan di dalam perut. | Menengah Rendah |