pendebungaan sendiri | self-pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga yang sama atau bunga lain dalam tumbuhan yang sama. | Menengah Rendah |
pendebungaan kacuk | cross-pollination | Proses pemindahan debunga dari anter satu tumbuhan ke stigma tumbuhan yang lain yang sama spesiesnya. | Menengah Rendah |
pendebungaan | pollination | 1. Pemindahan debunga daripada anter ke stigma sebelum persenyawaan berlaku pada angiosperma. 2. Pemindahan debunga daripada kon jantan ke kon betina sebelum persenyawaan pada gimnosperma. | Menengah Atas |
pendebungaan | pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air. | Menengah Rendah |
agen pendebungaan | pollinating agent | Faktor persekitaran seperti angin, serangga, air dan haiwan yang membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma ketika proses pendebungaan. | Menengah Rendah |
ranggi | petal | Bahagian bunga yang biasanya berwarna terang dan dapat menarik perhatian serangga untuk menjalankan pendebungaan. Ranggi dikenali juga sebagai kelopak bunga. | Menengah Rendah |
nektar | nectar | Cecair yang kaya dengan gula, dihasilkan oleh bunga dan berfungsi menarik perhatian agen pendebungaan. | Menengah Rendah |