Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.néu.tra.lan] | ڤنيوترلن

Definisi : perihal (proses) meneutralkan sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peneutralan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
peneutralanneutralizationProses tindak balas kimia yang berlaku apabila asid bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air.Menengah Rendah
haba peneutralanheat of neutralizationPerubahan tenaga apabila satu mol air terbentuk daripada tindak balas antara satu mol ion hidrogen (H+), dengan satu mol ion hidroksida OH-.Menengah Atas
nyahcasdischargePeneutralan cas, sama ada secara penyingkiran elektron bagi ion bercas positif atau secara penerimaan elektron bagi ion bercas negatif dalam sel elektrolisis.Menengah Atas
garamsaltSebatian yang terhasil melalui tindak balas peneutralan antara asid dengan alkali. Contohnya, asid hidroklorik bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk membentuk garam natrium klorida dan air.Menengah Rendah
kalium sulfatpotassium sulphateGaram pepejal putih yang terhasil daripada peneutralan kalium hidroksida atau kalium karbonat dengan asid sulfurik. Formula K2SO4.Menengah Rendah
garam ammoniumammonium saltGaram yang mengandungi ion NH4+ yang terbentuk daripada tindak balas peneutralan asid dengan ammonium hidroksida atau ammonia (NH3 ).Menengah Atas
pentitratantitrationSuatu teknik makmal yang menggunakan satu larutan piawai alkali untuk menentukan kepekatan suatu larutan asid dengan bantuan penunjuk bagi mengesan takat akhir tindak balas peneutralan.Menengah Atas
haba tindak balasheat of reactionHaba yang dibebaskan atau diserap apabila tindak balas kimia lengkap berlaku di antara bahan tindak balas. Contohnya, haba pemendakan, haba penyesaran, haba pembakaran dan haba peneutralan.Menengah Atas

Kembali ke atas