pengangkutan pasif | passive transport | Pengangkutan bahan dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, yang tidak memerlukan tenaga. | Menengah Atas |
pengangkutan aktif | active transport | Pengangkutan bahan dari kawasan yang berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi yang memerlukan protein pembawa dan tenaga. | Menengah Atas |
sistem pengangkutan | transport system | Sistem yang membawa keperluan sel kepada semua sel-sel badan dan membawa bahan buangan keluar dari sel-sel. | Menengah Atas |
tekanan akar | root pressure | Tekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
berkas vaskular | vascular bundle | Jalur memanjang dari akar ke daun yang terdiri daripada xilem dan floem. Berkas ini berfungsi dalam sistem pengangkutan dan sokongan. | Menengah Rendah |
kesan rerambut | capillary effect | Pergerakan menaik cecair di dalam ruang kecil yang sempit disebabkan oleh daya tarikan antara molekul cecair dan molekul pepejal. Kesan rerambut penting untuk pengangkutan air dalam tumbuhan. | Menengah Rendah |
tiub tapis | sieve tube | Tiub di dalam tisu floem, yang terbina daripada sel tapis yang bersambung dari hujung ke hujung dan dipisahkan oleh plat tapis, berfungsi dalam pengangkutan sebatian organik terutamanya gula ke seluruh bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
protein pembawa | carrier protein | Protein yang terlibat dalam pergerakan ion, molekul kecil, atau molekul yang besar seperti asid amino dan glukosa plasma, merentasi membran plasma dan membantu dalam pergerakan bahan melalui proses resapan berbantu atau pengangkutan aktif. Lihat Rajah | Menengah Atas |