asimilasi | assimilation | Proses penggunaan bahan makanan tercerna yang telah diserap oleh sel tubuh untuk pertumbuhan, pembiakan dan penggantian sel-sel yang rosak. | Menengah Rendah |
penyalahgunaan dadah | drug abuse | Penggunaan dadah selain daripada tujuan rawatan, dengan jumlah yang berlebihan. | Menengah Atas |
kitar oksigen | oxygen cycle | Kitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigen dalam atmosfera secara berterusan. | Menengah Rendah |
kitar karbon | carbon cycle | Kitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian karbon dalam atmosfera secara berterusan. | Menengah Rendah |
kilowatt-jam | kilowatt-hour | Unit tenaga elektrik yang bersamaan dengan penggunaan kuasa 1000 watt dalam masa 1 jam. Singkatannya, kWj. | Menengah Rendah |
kebuk wasap | fume chamber | Ruang yang digunakan untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan penggunaan atau pembebasan gas beracun. Kebuk ini dipasang dengan alat penyedut udara untuk menyedut gas beracun yang dibebaskan. | Menengah Rendah |
ketumpatan | density | 1. Jisim per unit isi padu sesuatu bahan. 2. Keamatan penggunaan tanah yang dikira berdasarkan bilangan orang bagi setiap unit keluasan. | Menengah Atas |
pencegahan kehamilan | birth control | Proses untuk menghalang kehamilan dengan menggunakan kaedah tertentu seperti penggunaan pil, suntikan atau IUCD. | Menengah Rendah |
pengimunan | immunization | Proses menjadikan seseorang imun secara buatan sama ada melalui suntikan antiserum atau penggunaan vaksin. | Menengah Atas |
perintang boleh ubah | variable resistor | Perintang yang boleh mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektrik. Contohnya, penggunaan pada alat ubah bunyi radio atau televisyen. | Menengah Rendah |