Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : 1. perihal (usaha dsb) meng­hasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Dalam berselam,
     dangkal berjingkat.

Bermaksud :

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
respirasirespirationProses penghasilan tenaga melalui pemecahan molekul makanan.Menengah Rendah
fotosintesisphotosynthesisProses penghasilan gula, oksigen dan air oleh tumbuh-tumbuhan hijau dengan kehadiran karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Lihat RajahMenengah Rendah
pembentukan sporaspore formationProses penghasilan spora untuk pembiakan aseks. Spora terbentuk dalam kebanyakan organisma eukariot seperti tumbuhan tidak berbunga, alga dan kulat.Menengah Rendah
bioteknologibiotechnologyPembangunan teknik yang menggunakan proses-proses biologi dalam penghasilan bahan untuk perubatan dan perindustrian.Menengah Rendah
antigenantigenProtein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi.Menengah Atas
prolaktinprolactinHormon yang disintesiskan dan disimpan dalam kelenjar pituitari anterior, yang menggalakkan penghasilan susu selepas proses kelahiran, dan juga merangsang korpus luteum untuk merembeskan progesteron pada ovari.Menengah Atas

Kembali ke atas