kakisan logam | corrosion of metal | Pengoksidaan logam melalui tindakan udara dan air. | Menengah Atas |
asetil KoA | acetyl CoA | Perantara dalam pengoksidaan asid lemak, yang berperanan dalam kondensasi dengan asetil koenzim A untuk membentuk B-hidroksi-B metilglutaril-koenzim A. | Menengah Atas |
pengantioksida | antioxidant | Bahan kimia yang melambatkan proses pengoksidaan. | Menengah Atas |
halida | halide | Ion halogen yang mempunyai nombor pengoksidaan -1, iaitu sebatian bromida, klorida, fluorida dan iodida. | Menengah Atas |
tindak balas redoks | redox reaction | Tindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak. | Menengah Atas |
unsur peralihan | transition element | Unsur logam yang terletak dalam kumpulan 3 hingga 12 dalam jadual berkala. Kebanyakan peralihan unsur mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan, kebanyakan sebatiannya mempunyai warna dan membentuk ion kompleks. | Menengah Atas |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |