Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ku.ran] | ڤڠوکورن

Definisi : perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukur, penyukatan: ~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ku.ran] | ڤڠوکورن

Definisi : perbuatan atau hal mengukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengukuran


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ralat rawakrandom errorRalat yang berlaku semasa pengukuran sesuatu, yang tidak boleh diramal dan menyebabkan nilai yang diperoleh tidak tekal apabila pengukuran diulang.Menengah Atas
kejituanaccuracyDarjah kehampiran nilai pengukuran kepada nilai yang sebenar.Menengah Atas
ukuranmeasurementNilai pelbagai kuantiti hasil daripada pengukuran atau penyukatan. Contohnya, ukuran bagi jisim adalah dalam unit kilogram.Sekolah Rendah
ralat bersistemsystematic errorRalat yang mengalihkan semua pengukuran ke arah yang tertentu disebabkan oleh alat pengukur tidak ditentukur dengan betul, alat pengukur tidak digunakan dengan betul atau tidak mengambil kira ralat sifar alat pengukur.Menengah Atas
ralat sifarzero errorRalat yang tidak mempamerkan bacaan sifar sebelum pengukuran dibuat.Menengah Atas
unit S.I.S.I. unitUnit yang digunakan untuk sistem metrik pengukuran. Unit ini digunakan di seluruh dunia.Menengah Rendah
unit piawaistandard unitUnit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat.Sekolah Rendah
kepekaansensitivityTahap keupayaan organisma bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti cahaya, air dan daya graviti. Kepekaan juga digunakan dalam pengukuran.Menengah Rendah

Kembali ke atas