kadar pertumbuhan | growth rate | Kadar atau kepantasan peningkatan bilangan atau saiz sel dalam organisma atau peningkatan bilangan organisma dalam populasi. | Menengah Atas |
pemanasan global | global warming | Proses peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh menyebabkan perubahan pada pola cuaca dan akan mengakibatkan bencana seperti tsunami dan kemarau. | Sekolah Rendah |
leukemia | leukaemia | Sejenis penyakit kanser darah yang disebabkan peningkatan jumlah sel darah putih yang tidak normal. Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan pada darah, sumsum tulang dan limfa. | Menengah Rendah |
kesan rumah hijau | green house effect | Fenomena yang disebabkan oleh peningkatan suhu bumi akibat pemerangkapan haba dan karbon dioksida. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera. | Menengah Rendah |
anoreksia nervosa | anorexia nervosa | Penyakit psikologi yang menyebabkan seseorang mengalami kebimbangan yang keterlaluan terhadap peningkatan berat badan. | Menengah Atas |
pemanasan global | global warming | Fenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan. | Menengah Rendah |
kepupusan | extinction | Kehilangan sesuatu spesies hidupan seperti haiwan dan tumbuhan daripada muka bumi. Kepupusan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pemburuan haram, peningkatan suhu dunia, pembakaran hutan dan pencemaran. | Menengah Rendah |