penjana hidroelektrik | hydroelectric generator | Mesin yang menggunakan tenaga mekanik air untuk memutarkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. | Menengah Atas |
penjana arus ulang-alik | alternating current generator | Mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada arus ulang-alik. | Menengah Atas |
penjana arus terus | direct current generator | Mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik yang mengalir pada satu arah sahaja. | Menengah Atas |
penjana | generator | Mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Lihat Rajah | Menengah Atas |
penjana gas turbin | gas turbine generator | Penjana yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga mekanikal secara pembakaran dalaman. | Menengah Rendah |
penjana Van de Graaff | Van de Graaff generator | Penjana yang berupaya menghasilkan kuantiti cas elektrik yang tinggi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrostatik. | Menengah Rendah |
penjana | generator | Mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Dalam stesen jana kuasa, penjana biasanya digerakkan oleh turbin stim atau turbin air. | Menengah Rendah |
dinamo | dynamo | Penjana yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Lihat Rajah | Menengah Atas |
hidroelektrik | hydroelectric | Tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan aliran air yang biasanya daripada empangan untuk menggerakkan turbin yang memberikan tenaga kepada penjana. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |