[pe.nyu] | ڤڽو
Definisi : sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.nyu] | ڤڽو
Definisi : beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)