tolok skru mikrometer | micrometer screw gauge | Peranti yang digunakan untuk mengukur jarak yang sangat kecil. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
teleskop | telescope | Peranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
fius | fuse | Peranti yang terdiri daripada wayar logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan dipasang secara bersiri dalam litar. Fius berfungsi untuk melindungi alat elektrik supaya tidak rosak. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
simpang p-n | p-n junction | Pembahagian antara bahan jenis-p dan jenis-n dalam peranti semikonduktor. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
jangka masa detik | ticker-timer | Peranti elektrik yang disambungkan kepada bekalan arus ulang-alik untuk mencetak titik pada pita detik pada sela masa yang tetap iaitu 0.02 saat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
transformer | transformer | Peranti yang meningkat atau menurunkan voltan arus ulang-alik tanpa mengubahkan frekuensinya. Transformer terdiri daripada teras besi jati yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |