kontras | contrast | Perbezaan antara dua keadaan yang dapat dikesan oleh deria. | Menengah Rendah |
variasi | variations | Perbezaan ciri antara individu dalam spesies yang sama. | Menengah Atas |
haba | heat | Bentuk tenaga yang dipindahkan kerana terdapat perbezaan suhu. Contohnya, makanan panas yang terdedah akan menjadi sejuk selepas beberapa ketika kerana haba daripada makanan akan berpindah ke udara di sekelilingnya. | Sekolah Rendah |
variasi tak selanjar | discontinuous variation | Variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, jenis darah, kebolehan menggulung lidah, dan bentuk cuping telinga. | Menengah Atas |
variasi selanjar | continuous variation | Variasi yang tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, ketinggian dan berat badan. | Menengah Atas |
daya angkat | lift force | Daya tujah ke atas disebabkan oleh perbezaan tekanan udara. | Menengah Atas |
bayu laut | sea breeze | Pergerakan udara dari laut ke daratan disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan yang berhampiran. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
bayu darat | land breeze | Pergerakan udara dari daratan ke laut disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih panas daripada daratan yang berhampiran. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pengelasan | classification | Kaedah penyusunan organisma secara sistematik ke dalam kumpulan taksonomi berdasarkan kesamaan dan perbezaan masing-masing dengan mengambil kira faktor evolusi, fisiologi, genetik dan lain-lain. | Menengah Rendah |
pengelasan | classification | Proses mengasingkan tumbuhan, haiwan dan objek ke dalam kumpulan mengikut persamaan dan perbezaan masing-masing. | Sekolah Rendah |