Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ré.da.ran]/[per.é.da.ran] | ڤرايدرن

Definisi : 1. perihal beredar, gerakan yg berkeliling: ~ matahari; 2. perjalanan dr satu tempat ke tempat lain; 3. perpindahan (wang) dr tangan ke tangan (dlm masyarakat); 4. perkembangan drpd suatu keadaan kpd yg lain: ~ hidup; ~ dunia = ~ zaman perkembangan atau p (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ré.da.ran]/[per.é.da.ran] | ڤرايدرن

Definisi : 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peredaran


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
peredaranrevolutionProses pergerakan sesuatu objek secara mengelilingi sesuatu. Contohnya, peredaran bumi mengelilingi matahari. Lihat RajahSekolah Rendah
sistem peredarancirculatory systemSistem yang mengandungi siri salur yang mengalirkan cecair. Contohnya, sistem peredaran darah dan sistem limfa.Menengah Rendah
sistem peredaran darahblood circulatory systemSistem rangkaian salur darah yang membawa darah, oksigen, nutrien, antibodi, hormon dan bahan kimia ke seluruh badan.Menengah Rendah
kapilaricapillarySalur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan.Menengah Rendah
aliran darahbloodstreamPergerakan darah yang mengalir melalui sistem peredaran darah suatu organisma.Menengah Rendah
aortaaortaSalur darah utama dari ventrikel kiri jantung dalam sistem peredaran darah mamalia. Aorta bercabang membentuk arteri-arteri yang mengalirkan darah beroksigen ke seluruh badan kecuali paru-paru. Lihat RajahMenengah Rendah
kolesterolcholesterolSejenis lipid yang terdapat dalam tisu haiwan dan pelbagai makanan, yang dikatakan mempunyai kesan buruk pada sistem peredaran darah. Tahap kolesterol yang tinggi dalam aliran darah boleh menyebabkan penyakit arteri koronari.Menengah Atas
monositmonocytesSel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah.Menengah Atas

Kembali ke atas