pergerakan Brown | Brownian movement | Pergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair. | Menengah Rendah |
pergerakan | movement | Proses peralihan objek dari satu tempat ke satu tempat. | Sekolah Rendah |
resapan | diffusion | Pergerakan sesuatu bahan dengan bahan lain melalui pergerakan molekul dari bahagian yang berkepekatan tinggi ke bahagian yang berkepekatan rendah. | Menengah Atas |
protein pembawa | carrier protein | Protein yang terlibat dalam pergerakan ion, molekul kecil, atau molekul yang besar seperti asid amino dan glukosa plasma, merentasi membran plasma dan membantu dalam pergerakan bahan melalui proses resapan berbantu atau pengangkutan aktif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
getaran | vibration | Pergerakan zarah ulang-alik secara berkala dari titik keseimbangan. Contohnya, tala bunyi. | Menengah Rendah |
perambatan | propagation | Pergerakan tenaga gelombang yang berlaku pada gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yang berserenjang dengan muka gelombang. | Menengah Atas |
osmosis | osmosis | Pergerakan bebas molekul air dari kawasan kepekatan bahan terlarut yang rendah ke kawasan kepekatan bahan terlarut yang tinggi, melalui membran separa telap sehingga keseimbangan dicapai. | Menengah Atas |
hidrotropisme | hydrotropism | Pergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, akar menunjukkan hidrotropisme positif kerana tumbuh ke arah kawasan lembap atau berair, manakala hipokotilnya menunjukkan hidrotropisme negatif kerana tumbuh menjauhi air. | Menengah Atas |
geotropisme | geotropism | Pergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap daya tarikan graviti. Akar utama tumbuh mengikut tarikan graviti (geotropisme positif), manakala pucuk utama tumbuh menjauhi tarikan graviti (geotropisme negatif). | Menengah Atas |
peristalsis | peristalsis | Proses pergerakan berombak pada esofagus untuk menolak bebola makanan ke perut akibat pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut. | Menengah Rendah |