neutral | neutral | 1. Perihal atom yang mempunyai bilangan cas positif yang sama dengan cas negatif. 2. Perihal tidak bersifat asid dan tidak bersifat alkali, iaitu pada pH 7. | Menengah Rendah |
terbiodegradasi | biodegradable | Perihal bahan yang boleh mengurai atau mereput melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria. | Menengah Rendah |
reput | decay | Perihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma. | Menengah Rendah |
rasa | taste | Perihal sesuatu yang dialami oleh lidah apabila bersentuh dengan sesuatu. Contohnya, rasa manis, pahit, masam dan masin. | Menengah Rendah |
perhati | observe | Perihal memerhati sesuatu dengan teliti atau secara terperinci. | Menengah Rendah |
pekat | concentrated | Perihal bahan yang likat, yang mengandungi zat terlarut yang tinggi. | Menengah Rendah |
mulur | ductile | Perihal kebolehan logam yang boleh diketuk dan diubah bentuknya semasa sejuk tanpa patah. | Menengah Rendah |
malnutrisi | malnutrition | Perihal ketidakseimbangan zat makanan, sama ada dari segi kuantiti atau kualiti makanan. | Menengah Rendah |
layu | wilt | Perihal kelisutan pada tumbuhan seperti pada bunga dan daun. | Menengah Rendah |
kepekatan | concentration | Perihal kuantiti zat terlarut yang wujud dalam larutan dengan isi padu tertentu. Kepekatan diukur dalam mol per liter. | Menengah Rendah |