perkumuhan | excretion | Proses menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan lagi oleh badan (bahan kumuh) melalui ginjal, kulit dan paru-paru. | Menengah Rendah |
perkumuhan | excretion | Proses menyingkirkan bahan buangan dari badan melalui organ perkumuhan. | Sekolah Rendah |
organ perkumuhan | excretory organ | Organ yang terdiri daripada sepasang buah pinggang, peparu dan kulit yang berfungsi untuk menyingkirkan bahan perkumuhan seperti air kencing, karbon dioksida dan peluh daripada badan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kumuh | excrete | Lihat perkumuhan. | Sekolah Rendah |
ginjal | kidney | Organ perkumuhan yang terletak di bahagian abdomen vertebrata. Ginjal terdiri daripada bahagian luar, iaitu korteks, dan bahagian dalam, iaitu medula. Ia berfungsi menuras darah, mengumuh hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing, dan mengawal tekanan osmosis darah. | Menengah Atas |
ginjal | kidney | Sepasang organ perkumuhan yang terletak dalam rongga abdomen vertebrat. Organ ini berfungsi mengawal tekanan osmosis darah melalui penyingkiran bahan kumuh dalam bentuk air kencing. | Menengah Rendah |
proses kehidupan | living process | Proses yang berlaku dalam organisma hidup. Contohnya, proses pernafasan, pencernaan dan perkumuhan. | Menengah Atas |