pembiasan | refraction | Proses serakan sinaran atau gelombang radio sewaktu bergerak daripada satu permukaan ke satu permukaan yang lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
permukaan | surface | Lapisan luar atau lapisan atas pada suatu objek. | Menengah Rendah |
permukaan | surface | Lapisan atas atau luar objek. | Sekolah Rendah |
ventral | ventral | 1. Sesuatu struktur tubuh haiwan yang terletak pada permukaan bawah atau depan. Pada haiwan yang berkaki dua seperti manusia, bahagian ventral merujuk pada permukaan depan tubuh, manakala pada tetrapod, bahagian ventral merujuk pada bahagian bawah tubuhnya. 2. Permukaan atas sesuatu struktur tumbuhan yang merujuk pada sesuatu paksi. | Menengah Atas |
permukaan respirasi | respiratory surface | Permukaan epitelium yang nipis dan lembab yang membolehkan pertukaran gas berlaku. | Menengah Atas |
permukaan yang bersentuhan | surface in contact | Permukaan sesuatu objek yang bersentuhan dengan objek lain. | Sekolah Rendah |
meniskus | meniscus | Permukaan cecair dalam satu bekas yang kelihatan melengkung pada bahagian permukaan cecair akibat tindakan daya pada permukaannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan daripada permukaan bumi ke udara dan balik semula ke permukaan bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tompok matahari | sunspot | Bahagian atau kawasan gelap pada permukaan matahari kerana ia lebih sejuk. Tompok matahari disebabkan oleh gangguan magnetik pada permukaan matahari. | Menengah Rendah |
parasit | parasite | Organisma yang hidup di permukaan atau di dalam perumah. Parasit mendapatkan keuntungan daripada perumah tetapi memudaratkan perumah tersebut. Parasit yang hidup di permukaan perumah disebut ektoparasit, manakala yang hidup di dalam perumah disebut endoparasit. | Menengah Rendah |