pertumbuhan | growth | Proses pertumbuhan berbalik yang melibatkan pertumbuhan sel akibat pertambahan bilangan sel dan tisu secara pembahagian sel atau akibat pembesaran saiz sel yang sedia ada. | Menengah Atas |
lonjakan pertumbuhan | growth spurt | Proses pertumbuhan yang berlaku apabila kadar pertumbuhan meningkat secara mendadak. | Menengah Rendah |
pertumbuhan | growth | Proses semula jadi yang dialami oleh benda hidup seperti pertambahan saiz dan perubahan bentuk. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pertumbuhan sekunder | secondary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada meristem sisi yang mengakibatkan diameter akar dan batang tumbuh. | Menengah Atas |
pertumbuhan primer | primary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada hujung batang atau akar, dan menghasilkan tisu primer. | Menengah Atas |
lengkung pertumbuhan | growth curve | Graf yang menunjukkan kadar pertumbuhan umum sesuatu organisma dalam sesuatu tempoh. | Menengah Rendah |
lengkung pertumbuhan | growth curve | Lengkung yang menggambarkan kadar pertumbuhan umum sesuatu organisma. | Menengah Atas |
pertumbuhan semula | regeneration | 1. Penggantian atau pembentukan semula bahagian organisma yang terpotong. 2. Pertumbuhan yang teratur. Contohnya, kultur tisu. | Menengah Atas |
pertumbuhan | growth | Proses pertambahan saiz dan kerencaman organisma akibat pertambahan bilangan sel dan tisu. Pertumbuhan melibatkan tiga peringkat perkembangan, iaitu pembahagian, pemanjangan dan pembezaan sel. | Menengah Rendah |
kultur tisu | tissue culture | Kaedah pertumbuhan dalam medium pengkulturan berzat di luar organisma. Contohnya, bahagian daripada pucuk atau akar tumbuhan boleh dikultur dalam medium yang sesuai untuk menghasilkan pertumbuhan sel baharu. | Menengah Atas |