abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
cacing | worm | Sejenis haiwan yang panjang bulat atau pipih dan tidak beranggota. Cacing hidup di dalam air, tanah, perut manusia atau haiwan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pankreas | pancreas | Kelenjar yang terletak di antara limpa dengan duodenum di bawah perut. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin, serta hormon seperti insulin dan glukagon. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
salur alimentari | alimentary canal | Salur yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Salur ini berfungsi untuk menerima dan mencernakan makanan, menyerap nutrien, dan membuang kumuhan. Salur ini terdiri daripada rongga mulut, esofagus, perut dan usus. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |