larutan metilena biru | methylene blue solution | Larutan organik yang digunakan sebagai bahan pewarna dan penunjuk dalam analisis volumetri. | Menengah Atas |
alum | alum | Garam sulfat berganda bagi logam seperti natrium dan kalium, digunakan sebagai bahan dalam pewarna, pengeras simen, ubat, bahan kalis api dan untuk menjernihkan air. Alum dikenali juga sebagai tawas. | Menengah Rendah |
malakit | malachite | Sejenis mineral berbentuk hablur dan berwarna hijau terang. Malakit digunakan sebagai sumber kuprum, batu perhiasan dan pewarna. | Menengah Rendah |
asid sulfurik | sulphuric acid | Asid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4. | Menengah Rendah |