Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Kim) ukuran tentang keasidan atau kealkalian sesuatu larutan dgn skala antara 0 hing­ga 14, iaitu pH 7 menunjukkan larutan yg neutral, kurang drpd pH 7 menunjukkan larutan berasid, dan lebih drpd pH 7 menunjukkan larutan beralkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist ukuran yg berupa angka, ttg keasidan atau kealkalian sesuatu larutan (iaitu 7 menunjukkan neutral, kurang drpd 7 ialah asid dan lebih drpd 7 ialah alkali). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ph


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pHpHNilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat RajahMenengah Rendah
pHpHUkuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. Lihat RajahSekolah Rendah
asidacidBahan yang bersifat mengakis, mempunyai nilai pH yang kurang daripada 7 dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah. Asid membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan alkali.Menengah Rendah
penunjuk semestauniversal indicatorPenunjuk yang dapat menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar.Menengah Rendah
asidacidBahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidrogen (H+). Ia bersifat mengkakis, mempunyai nilai pH kurang daripada 7 dan menukarkan kertas litmus lembap biru kepada merah.Menengah Atas
kulturcultureSekumpulan sel sama ada dari mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan yang dibiakkan dalam makmal di bawah suhu, pH dan faktor-faktor lain yang dikawal menggunakan medium kultur.Menengah Rendah
alkalialkaliBahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid.Menengah Rendah
alkalialkalineBahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidroksida (OH–). Ia menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit, dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air.Menengah Atas
neutralneutral1. Perihal atom yang mempunyai bilangan cas positif yang sama dengan cas negatif. 2. Perihal tidak bersifat asid dan tidak bersifat alkali, iaitu pada pH 7.Menengah Rendah

Kembali ke atas