plasenta | placenta | Struktur yang menghubungkan ibu dengan fetus dalam uterus. Dalam plasenta, salur darah fetus berada berhampiran dengan salur darah ibu dan ini membolehkan fetus mendapatkan nutrien dan oksigen serta menyingkirkan bahan kumuh melalui salur darah ibu. | Menengah Rendah |
plasenta | placenta | Organ endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin, dan menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta berfungsi untuk memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu. | Menengah Atas |
mamalia berplasenta | placental mammal | Mamalia yang mempunyai plasenta untuk melahirkan anak. Contohnya, manusia. | Menengah Atas |
progesteron | progesterone | Hormon steroid yang dirembeskan oleh korpus luteum pada ovari, plasenta, dan juga oleh korteks adrenal dan testis. | Menengah Atas |
tali pusat | umbilical cord | Struktur yang mengandungi salur darah, berfungsi menghubungkan embrio dengan plasenta. | Menengah Atas |
tali pusat | umbilical cord | Struktur yang mengandungi salur darah, berfungsi untuk menghubungkan embrio dengan plasenta. | Menengah Rendah |