voltan primer | primary voltage | Voltan yang digunakan pada terminal gegelung primer transformer. | Menengah Atas |
pertumbuhan primer | primary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada hujung batang atau akar, dan menghasilkan tisu primer. | Menengah Atas |
pengguna sekunder | secondary consumer | Organisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar. | Menengah Rendah |
pengguna primer | primary consumer | Organisma yang terdiri daripada haiwan herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan (pengeluar). Contohnya, lembu, kambing dan kuda. | Menengah Rendah |
warna primer | primary colour | Set warna asas yang tidak dapat dihasilkan daripada penambahan warna-warna cahaya yang lain. Contohnya, merah, biru dan hijau. | Menengah Atas |
gegelung primer | primary coil | Lingkaran wayar dari bekalan kuasa pada transformer yang mengalirkan arus input ulang-alik. | Menengah Atas |
akar primer | primary root | Akar pertama yang tumbuh semasa percambahan biji benih. Lihat Rajah | Menengah Atas |
dinding sel primer | primary cell wall | Dinding pertama sel yang terdiri daripada selulosa mikrofibril yang dibentuk dengan pelbagai orientasi, dapat dilihat melalui mikroskop elektron, yang terbentuk apabila sel sedang membesar. | Menengah Atas |
sel voltan | voltaic cell | Sel primer yang terdiri daripada dua elektrod yang terendam di dalam elektrolit untuk menghasilkan voltan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sel kering | dry cell | Sel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |