pundi kencing | urinary bladder | Organ yang menyimpan air kencing sebelum disingkirkan melalui uretra. | Menengah Rendah |
pundi hempedu | gall bladder | Organ yang menyimpan cecair hempedu dari hati. | Menengah Rendah |
alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus dalam paru-paru, terletak di hujung bronkiol, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. | Menengah Atas |
uretra | urethra | Salur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki. | Menengah Rendah |
kantung | pouch | Struktur yang berbentuk pundi yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan dan mempunyai fungsi tertentu. Contohnya, kantung kanggaru digunakan untuk membawa anaknya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
uretra | urethra | Salur yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh mamalia. | Menengah Atas |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. | Menengah Rendah |
urin | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul dalam pundi kencing yang dikenali juga sebagai air kencing. | Menengah Atas |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. Lihat Rajah | Menengah Atas |