uretra | urethra | Salur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki. | Menengah Rendah |
uretra | urethra | Salur yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh mamalia. | Menengah Atas |
pundi kencing | urinary bladder | Organ yang menyimpan air kencing sebelum disingkirkan melalui uretra. | Menengah Rendah |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. | Menengah Rendah |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. Lihat Rajah | Menengah Atas |
air kencing | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul di dalam pundi kencing. Cecair ini mengandungi air yang berlebihan, garam dan bahan buangan bernitrogen seperti urea. | Menengah Rendah |
urin | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul dalam pundi kencing yang dikenali juga sebagai air kencing. | Menengah Atas |
air kencing | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal. Air kencing disimpan di dalam pundi kencing. | Sekolah Rendah |