Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunah­kan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memu­puskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : Jw pucuk yg masih muda, daun muda: ~ daun pisang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi: Harta bendanya sudah ~. Pihak kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu utk mengelakkannya drpd ~. memupuskan merosakkan atau memusnahkan sama sekali; menghapuskan: ~ malu menghilangkan malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pupus
Rujuk :punah


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pupusextinctKeadaan sesuatu spesies tumbuhan dan haiwan yang tidak lagi wujud pada waktu ini. Contohnya, dinosaur.Sekolah Rendah
pembiakanreproductionProses menghasilkan individu baharu bagi memastikan sesuatu spesies tidak pupus.Menengah Rendah
pembiakanreproductionProses membiak untuk menghasilkan anak bagi memastikan sesuatu spesies tidak pupus.Sekolah Rendah
pemeliharaannurturePerbuatan menjaga tumbuh-tumbuhan dan haiwan dengan baik bagi memastikannya tidak pupus.Sekolah Rendah

Kembali ke atas