Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pur.na.ma] | ڤورنام

Definisi : 1. = bulan ~ bulan yg bulat benar pd 14 dan 15 hari bulan mengikut bulan Tahun Hijrah: barang siapa yg ingin melihat keindahan Taj Mahal seindah-indahnya datanglah pd malam 15 ~; di bawah sinar bulan ~; ~ raya bulan purnama yg sebulat­-bulatnya; cahaya ~ cahaya bulan yg penuh; pasang ~ (air) pasang naik ketika bulan purnama; 2. bulan (tiga puluh hari): kadang-kadang sampai dua ~, kadang-kadang sampai empat ~ baru ia pulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pur.na.ma] | ڤورنام

Definisi : 1 = bulan ~ bulan yg bulat penuh (spt pd 14 atau pd 15 haribulan menurut bulan Islam): di bawah sinar bulan ~. 2 tempoh yg lamanya 30 hari; bulan: Sudah dua ~ dia pergi tetapi kami belum menerima apa-apa berita drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata purnama

Puisi
 

Pasang ini pasang purnama,
     Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
     Hendaklah tidak berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bulan purnamafull moonPeringkat bulan yang dapat dilihat dalam bentuk satu bulatan penuh. Lihat RajahSekolah Rendah
bulan hampir purnamagibbous moonPeringkat bulan yang dapat dilihat dalam bentuk lebih daripada separuh bulatan. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas