Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : ; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cenda­wan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Maras­mius gordipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Bermaksud :

Orang yang sudah setengah umur.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bulufurRambut yang halus, pendek dan lembut pada sesetengah haiwan. Contohnya, bulu kucing.Sekolah Rendah
sistem integumenintegumentary systemLapisan paling luar yang terdiri daripada kulit, kuku dan rambut yang melindungi tubuh daripada kecederaan.Menengah Atas
melaninmelaninPigmen berwarna perang gelap yang biasanya terdapat dalam retina, kulit, dan rambut haiwan albino.Menengah Atas
keratinkeratinProtein gentian yang terdapat dalam epidermis vertebrata yang membentuk lapisan kulit, rambut, kuku, tanduk dan sisik.Menengah Atas
albinismealbinismKeadaan genetik yang disebabkan oleh ketidakupayaan organisma untuk menghasilkan pigmen melanin. Contohnya, rambut, kulit dan iris mata.Menengah Atas
ektodermaectodermLapisan paling luar pada germa embrio haiwan yang terdiri daripada tisu epidermis, seperti kuku, rambut dan kelenjar kulit.Menengah Atas
ciri dominandominant characteristicCiri yang ditentukan oleh gen yang dominan yang dapat mempamerkan ciri yang dikawalnya. Contohnya, rambut lurus dan keriting.Menengah Atas
faktor pewarisanhereditary factorFaktor yang menentukan komponen ciri sesuatu bahan secara kawalan genetik. Contohnya, faktor yang menentukan tekstur rambut dan warna kulit.Menengah Atas
tekanan akarroot pressureTekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan.Menengah Atas

Kembali ke atas