ulat gonggok | millipede | Sejenis haiwan berbentuk silinder yang panjang dan mempunyai rangka luar. Rangka luarnya terbahagi kepada 20 - 100 segmen yang bersambung-sambung dan setiap segmen mempunyai dua pasang kaki. Ulat gonggok dikenali juga sebagai sepah bulan atau mentibang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rangka luar | exoskeleton | Struktur penyokong keras yang berada di sebelah luar kulit sesetengah organisma. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
rangka hidrostatik | hydrostatic skeleton | Struktur yang terdapat dalam haiwan berbadan lembut yang terdiri daripada rongga berisi bendalir. Contohnya, cacing tanah dan beluncas. | Menengah Rendah |
rangka paksi | axial skeleton | Rangka yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra dan tulang rusuk. | Menengah Atas |
rangka hidrostatik | hydrostatic skeleton | Rangka yang terdapat dalam organisma berbadan lembut yang terdiri daripada rongga berisi bendalir. | Menengah Atas |
rangka apendaj | appendicular skeleton | Rangka pada tubuh manusia yang merangkumi lengkungan, pektoral anggota hadapan, lengkungan pelvis dan anggota belakang. | Menengah Atas |
rangka | skeleton | Struktur yang menyokong badan dan melindungi organ-organ dalaman. Rangka menentukan bentuk badan, memberikan perlindungan kepada tisu lembut dan juga menyediakan permukaan untuk pelekatan otot. | Menengah Rendah |
rangka dalam | endoskeleton | Struktur keras dalaman yang berada dalam haiwan vertebrat dan manusia yang terdiri dari tulang dan rawan. Rangka dalam berfungsi melindungi organ dan fungsi otot. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sistem rangka | skeletal system | Sistem yang terdiri daripada tulang yang keras dan tisu penghubung yang berfungsi untuk menyokong badan organisma. | Menengah Rendah |
kuadrat | quadrat | Rangka berbentuk segi empat yang biasa dibuat daripada logam atau kayu tertentu yang digunakan untuk mengkaji populasi organisma yang tidak bergerak. | Menengah Atas |