pepejal | solid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu. | Menengah Rendah |
kupu-kupu | moth | Sejenis serangga dengan kepak yang berwarna pudar dan tertutup rapat sewaktu rehat. Kupu-kupu aktif pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
susunan zarah | arrangement of particles | Kedudukan atom atau molekul dalam sesuatu jirim. Susunan zarah dalam pepejal lebih teratur, rapat dan berada dalam pola yang tetap, berbanding cecair dan gas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |